DRAMA politik di Filipina semakin ‘panas’ apabila Presiden Rodrigo Duterte dijangka bersaing dengan anaknya sendiri untuk merebut jawatan Naib Presiden pada pilihan raya Mei 2022 walaupun pemimpin tersebut mengumumkan mahu bersara daripada dunia politik pada bulan lalu.
Sara Duterte-Carpio, 43, pada Sabtu mendaftarkan pencalonannya bagi menggantikan calon asal di bawah Parti Lakas-Kristian Muslim Demokrat (Lakas-CMD), beberapa hari selepas beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Datuk Bandar di Davao City.
Keputusan mengejut itu bakal membuka peluang besar kepada calon Presiden, Ferdinand Marcos Jr untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara tersebut.
Anak kepada bekas pemimpin diktator, Ferdinand Marcos itu dilaporkan telah mempelawa Sara untuk menjadi pasangan regu beliau pada pemilihan tersebut yang dijangka sengit.
Susulan pengumuman itu, Duterte, 76, yang dilarang bertanding semula untuk penggal kedua secara tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk bertanding setelah pembantu rapatnya, Senator Christopher ‘Bong’ Go yang pada mulanya mendaftar sebagai calon Naib Presiden mengubah pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden menjelang saat akhir.
Setiausaha Komunikasi beliau, Martin Andanar turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu Duterte dijangka mendaftarkan pencalonan untuk merebut Naib Presiden pada Isnin.
“Ini adalah rancangan beliau sekarang. Kita tidak tahu jika beliau mungkin berubah fikiran,” ujarnya.
Sara sebelum ini juga berulang kali menegaskan beliau enggan bertanding jawatan tertinggi dan hanya mahu meneruskan khidmatnya sebagai Datuk Bandar Davao City yang juga pernah disandang bapanya.
Pelbagai spekulasi mula timbul setelah beliau kini menyertai parti Lakas-CMD pimpinan sekutu rapatnya, bekas Presiden, Gloria Arroyo.
Keputusan kaji selidik menunjukkan gabungan Marcos Jr dan Sara mendapat sokongan yang tinggi berikutan prestasi mereka amat baik setakat ini.
“Marcos Jr adalah calon yang kuat. Drama pilihan raya ini masih belum berakhir,” kata Profesor Undang-undang dan Politik di Ateneo de Manila University, Dr Antonio La Vina.
Sinar Harian
Sun Nov 14 2021
Sara Duterte-Carpio pada Sabtu mendaftarkan pencalonannya bagi menggantikan calon asal di bawah Parti Lakas-Kristian Muslim Demokrat, beberapa hari selepas beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Datuk Bandar di Davao City. - Gambar fail
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Filipina tidak akan ambil bahagian dalam siasatan ICC terhadap kempen antidadah
Filipina tidak akan mengambil bahagian dalam keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk meneruskan siasatan ke atas kempen antidadah presiden Rodrigo Duterte sebelum ini.
ICC tolak rayuan Filipina sekat siasatan perang dadah Duterte
ICC menolak rayuan Filipina terhadap siasatan mahkamah mengenai "perang melawan dadah" bekas Presiden Rodrigo Duterte.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa buka semula siasatan 'perang dadah' oleh Filipina
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan menyambung semula penyiasatan terhadap 'perang dadah' oleh Filipina yang menyebabkan beribu-ribu orang terkorban.
Wartawan veteran Filipina ditembak mati, kumpulan media tuntut perlindungan
Kes tembak yang menyebabkan kematian seorang wartawan radio Filipina, Percival Mabasa memberi tamparan hebat terhadap tahap kebebasan akhbar di negara itu.
Filipina tolak sertai semula Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Ini selepas pendakwa raya ICC merancang untuk menyambung semula siasatan ke atas kempen 'perang melawan dadah' kerajaan Filipina sebelum ini.
Marcos Jr angkat sumpah Presiden Filipina yang baharu
Beliau menggantikan Duterte yang terkenal dengan kempen memerangi dadah sehingga menyebabkan ribuan pengedar dadah mati dibunuh di negara itu.
Pilihan Raya Presiden Filipina: Marcos Jr menang bergaya
Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Marcos Jr, lebih dikenali sebagai Bongbong, telah melepasi 27.5 juta undi yang diperlukan.
Pilihan raya Presiden Filipina: Esok hari mengundi, ini perkara yang perlu anda tahu
Kira-kira 18,100 jawatan bakal dipertandingkan, termasuk peranan utama sebagai Presiden dan Naib Presiden, serta 12 jawatan senator.